HAMPIR KE PENGHUJUNG 2025

 Assalammualaikum....

Dah lama tak bersiaran di sini kan. Rindu betul nak menaip, mengarang macam dulu. Kalau ada yangh tak tahu, actually Ida dah mula tolong akak sepupu berniaga jual kuih akok. Memang pagi sampai tengahari tengah membakar kuih memandangkan bakar secara tradisional, menggunakan sabut kelapa.



Jadinya bila dah selesai, ulang alik ambil anak balik sekolah, memang totally penat dah badan. Dengan kena hadap asap lagi, panas lagi. Memang tidur awal selalu.hahaha. Kedai buka ikut keadaan sabut kelapa juga. Kalau stok sabut takde atau basah memang tak boleh nak jual. Sabut kelapa pula kalau basah memang lambat kuih nak masak, bara die takkan naik. Jadinya kuih akan jadi tak comel orang kata.

Ida bakar di section kuih bakar

Kak Lin di bahagian kuih akok

Sepanjang tahun ni, macam-macam dah berlaku. Dengan keadaan saudara kita di Palestine, dan yang terbaru banjir lumpur di Aceh..allahuakhbar. Satu-satu bencana dunia dah datang. Masihkan kita ni nak lalai?

Hari ini Ida baru selesai ke Majlis Anugerah anak. Minggu depan akan last persekolahan, akan ke sekolah si abang pula untuk temu murni dengan cikgu die. Lagi setahun si Aqil akan bersekolah rendah sebelum masuk sekolah menengah. Mummy kena struggle lagi ajar anak-anak. Kita ni jadi terpaksa belajar balik sebab cara pembelajaran sekarang pula dah tak macam dulu kan. 

even dapat Anugerah Kehadiran Penuh pun mummy support. Keputusan exam die alhamdulillah semua lulus tapi bukan yang tercemerlang

persembahan tahap 2. Dia paling tinggi

mummy intai sikit. Dia sorang je tinggi yang lain semua paras dada.hahaha. Padahal baru tahun 5

selalu Pooh rendah gemuk. Ni Pooh kurus tinggi. haha


Selesai untuk minggu ni kesibukan dengan anak-anak. Minggu ni pun tak membako sebab Kak Lin batuk dah sepanjang minggu. Si abang pun PDPR minggu ni giliran untuk tingkatan lain sekolah memandangkan exam SPM masih berlangsung. 

Ini sedikit recap sepanjang bulan ni

minggu lepas main badminton bertemakan kain batik. Susah wei nak bergerak. Sebelah tangan memang kena pegang angkat kain. haha

first time main pickleball. Not bad

First time main bola baling sepanjang hayat, ni kali kedua main dengan budak sekolah menengah. Tolong diorang training for tournament. Leloh wei kejar tenaga anak muda ni. Tapi mak-mak taknak kalah, ganaz main berebut bola.haha. 
Mak-mak team atas, yang anak-anak duduk bawah.

Tahun depan akan bermula cerita baru, doakan Ida terus semangat nak mengarang kat sini secara konsisten. Rindu nak singgah blog korang dan komen macam dulu.

Ida doakan korang pun terus semangat dan dipermudahkan segala urusan







CFOREST & HILL : TREK HIKING VIRAL CHERATING KUANTAN PAHANG

 Assalammualaikum..

Setelah sekian lama menghilang dalam dunia blogging ni. Hari ni baru la rasa ada mood nak menaip. Ntahlah seakan-akan macam dah takde mood nak menaip tapi masih sayang dengan blog ni sebab ini la medium permulaan Ida dalam dunia socmed. 

Actually bukannya Ida mendiam tapi banyak fokus pada socmed. Dengan job review banyak kena ambil video. So stop kisah tu, Ida nak share pasal first hiking Ida tahun ni setelah sekian lama tak hiking.


Dah beberapa tahun Ida tak hiking sebab keadaan cuaca dan keadaan yang tak mengizinkan. Sibuk dengan anak-anak dan Ida pun memang setiap hari Jumaat akan main badminton. Kebetulan minggu lepas Ida tak main badminton sebab ramai yang balik kampung untuk cuti Merdeka. Jadinya kak sepupu ajak lah pergi hiking kat tempat viral di CForest & Hill Cherating, Kuantan Pahang

Lokasi tak jauh pun dari rumah Ida tapi lokasi die memang terlindung dan betul-betul tepi jalan selekoh. Agak bahaya la kalau tiba-tiba nak stop so kena hati-hati lah sikit. Nak parking pun boleh pergi jauh sikit ke depan ada kawasan kedai makan situ. Boleh la parking situ selamat sikit. Kedai makan situ pun baru buka juga, kedai orang Kemboja.



Tempat hiking ni buka pukul9 pagi tapi Ida pergi kul8 lebih masa tu pun dah ramai orang masuk. Tarikan sebenarnya kat situ actually tempat bergambar atas pokok tu..siapa gayat memang tak naik la. Ada juga buaian kat sini. Kalau naik sini sekadar ambil gambar bukan hiking namanya..haha walaupun masa nak naik situ pun memang tinggi juga. Lenguh juga la kaki ni..urat terkejut namanya. haha

kena naik tangga untuk ke atas

bodyguard mummy

Kitorang masuk hutan untuk hiking dan jalan die memang agak mencabar. Curam trek die. Malam sebelumnya pula hujan, so agak lembap la tanah die tapi tak teruk sangat. Macam naik turun bukit la trek die. Pastikan korang pergi dengan orang yang memang ada pengalaman hiking, jangan main redah je sebab memang takde guide tour situ. Risau tersesat dalam hutan walaupun ada penanda die situ, Sebab masa pergi ni trek die macam tersasar sebab ada pokok tumbang situ. Jadi kena letak penanda di tempat lain.

sambung briskwalk lepas turun bukit ke tapak awal 

Perjalanan kitorang hiking dalam masa 1 jam lebih dalam 2.15km. Kasut korang pula pastikan jangan pakai yang tapak licin ye, bahaya sebab trek curam..memang kena grip kuat sikit. Dah turun ke jalan keluar tu. kitorang tak naik balik ikut jalan sama. Kitorang ikut jalan raya..keluar ke jalan masuk situ balik. Tapi still kena naik balik ke tempat asal sebab nak pulangkan tag dan nak ambil gambar. So kena naik 2 kali la ke kawasan pendaftaran die tu.





Oh lupa nak bagitahu bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. Bawah 7 tahun free je. Situ pun ada tempat korang nak lepak makan sarapan dan minum so jangan risau.

\
with anak kakak sepupu

si abang je berani naik, adik taknak..gayat


Apa-apa pun ni pengalaman baru juga untuk kiddos naik trek mencabar macam ni. Sebelum ni pernah naik tapi ikut tangga, so senang jelah. Next time boleh lagi hiking, nak kena cari kasut yang ok sikit grip die. 

C Forest & Hill

https://g.co/kgs/w2Hxkft


NIKMATI CUTI SEKOLAH DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE

Assalammualaikum...

Setelah sekian lama menghilang, Ida kembali lagi menaip walaupun agak kemalasan sekarang ni. haha. Kadang ada mood yang malas ni datang, nak buat apa pun.

Macam mana cuti sekolah korang baru-baru ni? Minggu pertama tu Ida ada balik ke Port Dickson, kemudian seminggu sebelum buka sekolah Ida ke Splash Mania Gamuda Cove Dengkil, Selangor. Melayankan si kiddos nak main air. Plan ni agak last minute juga sebab sebelumnya hanya merancang nak ke Bangi Wonderland sahaja sebab tiket lebih murah tapi disebabkan banyak slide kat situ lebih 100kg tak boleh naik jadinya ubah plan ke Splash Mania.


Kalau tiket beli kat website memang agak mahal, harga hampir sama macam tiket ke Sunway Lagoon. Alhamdulillah Ida dapat harga murah bawah RM100 je dengan agent travel yang jumpa dalam Tiktok. 


Untuk penginapan pula, Ida stay di MAYA BAY RESIDENCES yang berdekatan dengan Splash Mania. Kawasan sini masih baru lagi jadinya memang tak banyak kemudahan terutamanya kedai makan. Korang kena pergi jauh sikit ke bandar dalam 13km untuk makan atau beli barang runcit. Jadinya kalau korang ke sana baik bawa makanan siap-siap atau beli dulu. Kalau dah masuk ke Splash Mania tu boleh je makan kat sana, dah nak balik tu boleh singgah beli makanan di kedai bahagian luar Splash Mania tu. 

Boleh tengok video homestay di sini : Maya Bay Residences

Hari pertama sampai sana, kiddos dah nak terjun masuk ke dalam kolam kat homestay dulu. Ida pula ingatkan nak masuk ke dalam gym tapi macam malu pula..hahaha. Jadinya teman kiddos jelah mandi kat situ sebab masa pun dah pukul5 lebih. Kolam ni buka sampai pukul10 malam tapi takkan la nak stay situ sampai magrib kan.hehe.

view matahari terbenam

overview kawasan homestay sini. Kalau nampak, Splash Mania di sebelah kanan

Esoknya sebelum buka Splash Mania dah ke sana dalam pukul 9.30 pagi, tu pun sampai sana dah ramai orang start beratur. Even korang beli tiket secara online pun tetap kena beratur ye, sebab nanti akan ada seksyen untuk check beg korang sebab makanan luar tak boleh bawa masuk. Botol air boleh bawa tapi tak silap untuk botol 400ml je. 

first slide ni naik 3 orang je sebab terlebih muatan

ni untuk anak-anak. Memang besar dan slide pun banyak untuk anak kecil

ada je show dalam masa-masa tertentu. Mandi ramai-ramai macam ni sila hati-hati ye. Jangan kusyuk sangat tengok orang menari


Di Splash Mania ada lebih 39 slide dan ride untuk korang naik termasuk untuk kanak-kanak. Sebelum naik memang staff akan timbang berat korang dulu dan ada ukuran ketinggian untuk naik slide. Kalau terlebih berat atau kurang memang tak boleh naik. Jadinya kena la salah satu mengalah atau bergilir naik. Nak naik tangga tu la malas..tinggi..haha. Ida pun hanya naik beberapa slide je sebab taknak terlalu basah.haha. Lepas tu hanya teman kiddos je kat tepi. Ada cabana untuk stay ada je tapi agak mahal. Tapi if korang pergi ramai, boleh la share. Tak berbaloi la kalau just kami je. Jadinya hanya lepak di tepi je, jangan risau ada je tempat nak duduk lepak. Nak senang, uolls bawa tikar sendiri. Harga cabana boleh check dalam website.

boleh sewa loker sini ada 3 size berbeza 

map untuk korang rujuk



list semua slide dan ride

hah sebelum masuk sana boleh la ukur tinggi korang dulu kat sini


Makan tengahari pun di situ je. Malas nak pusing cari, jadinya makan kedai depan mata je lepas turun slide tu. Makanan mamak pun jadi la, asalkan kenyang walaupun tak berapa sangat nasi kandar die. Ada komen Nasi ayam gempuk sana sedap, tapi sebab malas nak cari, tak dapat la rasa. Habis makan tu, pusing tengok ada kat sebelah wave pool je.haha. Nasib la

budak dah kelaparan sebab makan sarapan sikit je


Kami main sampai pukul3 lebih macam tu, habis salin baju singgah tapaw makanan kat kedai makan luar Splash Mania tu. Kedai tu buka sampai 5.30 je, jadi korang kalau takde makanan untuk dinner tu baik tapaw makanan siap-siap. Nasi putih ayam gepuk die not bad la sedap, portion pun banyak. Dah ada makanan malam tu tak risau sangat. Ida siap tapaw nasi goreng kampung untuk sarapan esok. Senang kan. Nasi tu boleh simpan dalam peti sejuk, dan panaskan dalam kuali nanti. Kat homestay ada dapur dengan periuk, tapi rice cooker takde. Kalau homestay lain tak pasti, mungkin lain.

with my anak sulung, dah lebih tinggi dari mummy

Sebelum balik ke Kemaman, kitorang singgah dulu di IOI City Mall, Putrajaya memandangkan dah dekat situ je. Sempat la merasa nak makan KFry Urban Korea kat situ. Kalau nak tahu IOI City Mall ni besar giler dan memanjang. Kalau seharian pusing sini memang tak habis kot.haha. Jadi dinasihatkan korang jangan pusing sini pakai heels ye, sila pakai kasut atau sandal je. Ida sendiri tak pusing habis sebab dah penat. Ice skating kat sini pun ada tau. Nak main tapi malas nak turun masuk sana. haha.

menu utama sini yang nak try sangat




yang ni recomended kena try, sedap dan kenyang. Nanti staff akan tolong buatkan rice ball ni



Actually datang sini nak shopping sikit baju tshirt raya untuk kiddos, kebetulan ada juga sale memang agak berbaloi la. Ida dapat beli wallet Carlo Rino ni dengan harga RM140 lebih je selepas diskauan. Not bad kan.


layankan kiddos nak main kat arcade

Jadi ini je story sepanjang cuti sekolah baru ni.  Kat bawah Ida sertakan sekali nombor agen travel kalau korang nak ke sini. Ada juga pakej untuk tempat lain ye yang pasti memang berbaloi. 

Ramadhan juga akan tiba tak lama lagi, jadi di kesempatan ini Ida nak ucapkan Selamat Berpuasa kat semua,semoga semua amalan kita diterima sepanjang bulan berkah ini. aamiin

Marsha Ceotravelagency : @ceotravelagency